Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh pelombong emas ditemui mati di Colombia

    BOGOTA, 22 SEPT – Pasukan penyelamat di Colombia telah menemui mayat bagi tujuh pelombong emas yang terperangkap di bawah tanah lebih seminggu, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Pasukan bomba dan penduduk tempatan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan pekerja yang terperangkap di lombong tanpa lesen di barat daya daerah Cauca sejak 12 September selepas berlaku runtuhan.

    Ketua agensi pertahanan awam tempatan, Graciela Tovar berkata, mayat-mayat itu ditemui pada malam Sabtu di salah satu terowong lombong tersebut dan difahamkan pekerja-pekerja itu mati lemas.

    Daerah Cauca merupakan kubu pemberontak yang melarikan diri daripada tentera gerila FARC, apabila menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada 2016 selepas beberapa dekad berperang.

    Di wilayah itu, para pelombong beroperasi di lombong tersebut tanpa lesen, selalunya atas arahan pejuang gerila tersebut yang membiayai operasi mereka melalui penyeludupan emas dan kokain.

    Kemalangan perlombongan bukan perkara asing di Colombia dan selalunya membawa maut, terutama di lombong arang batu.

    Tahun lalu, seramai 124 maut dalam kemalangan perlombongan di Colombia dan sehingga Julai tahun ini, jumlah korban adalah 65, menurut Agensi Perlombongan Nasional. – AFP

    Para pasukan penyelamat menggunakan jengkaut bagi menggali di lokasi lombong emas haram yang runtuh di Santander de Quilichao, Colombia, pada 12 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda