BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Seramai tujuh pemain remaja daripada Skim Badminton Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Tutong kini berada di Sabah, Malaysia bagi menyertai Festival Badminton Sabah 2025 yang berlangsung hari ini hingga 20 April.
Tiga beregu lelaki menyertai Kategori Bakat Baru, manakala seorang perempuan menyertai Kategori Perseorangan Perempuan Bawah 9 Tahun.
Rombongan diketuai oleh jurulatih merangkap pengurus pasukan, Muhammad Dzakwan Saifullah Sia.
Sebelum bertolak, para pemain telah diberikan kata-kata semangat oleh Ketua Cawangan JBS Daerah Tutong, Dayang Amhra Farahiyah binti Haji Mohd Hamdillah.
Festival anjuran Persatuan Badminton Daerah Membakut, Sabah tersebut merupakan salah satu program pembangunan badminton yang disokong oleh Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dan di bawah kebenaran Persatuan Badminton Sabah (SBA).
Perlawanan berlangsung di Juara Sports Arena, Putatan, Sabah.
