Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh penyeludup manusia dituduh bunuh lapan pendatang asing diberkas

    MADRID, 19 FEB – Polis Sepanyol telah memberkas tujuh penyeludup manusia, yang didakwa membunuh lapan pendatang asing, termasuk seorang anak damit semasa menyeberang dari Senegal ke Pulau Canary, lapor pihak berkuasa.

    Polis berkata siasatan bermula selepas sebuah kapal berlabuh di pulau El Hierro pada bulan Disember dengan 224 penumpang, termasuk beberapa yang mengalami kecederaan serius semasa pertengkaran di bot.

    Antara yang menjadi korban ialah seorang anak damit Gambia berumur 14 bulan yang terbunuh bersama ibunya, dan sepasang saudara serta seorang lelaki Guinean berumur 50 tahun dan anaknya berumur 18 tahun.

    Polis berkata mereka masih berusaha mengenal pasti tiga mayat dan tidak memberitahu sama ada mereka telah menemui mayat-mayat tersebut.

    Tujuh didakwa ditahan di sebuah penjara sementara selepas ditangkap di pulau Tenerife dan Semenanjung Sepanyol.

    Polis pada bulan Disember juga menahan tujuh penyeludup manusia yang didakwa membunuh empat pendatang asing semasa pelayaran di Lautan Atlantik pada November dari pantai Gambia ke El Hierro. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda