Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh premis musnah dalam kebakaran

    KUNDASANG, 14 MAC – Tujuh premis termasuk kedai runcit dan inap desa musnah dalam kebakaran, semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dalam kenyataan berkata 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ranau bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 8:37 malam.

    Beliau berkata tiga kedai runcit, dua inap desa, satu blok rumah sewa 11 pintu, dan sebuah stor penyimpanan barang runcit, kesemuanya jenis tidak kekal, musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

    “Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. Semua premis terbakar 100 peratus,” katanya.

    Beliau berkata dengan bantuan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Sabah Electricity, operasi pemadaman berjaya ditamatkan pada 12.52 tengah malam.

    Kundasang merupakan sebuah kawasan dalam daerah Ranau terletak lebih 90 meter arah timur dari Kota Kinabalu, yang terkenal sebagai tarikan pelancongan tanah tinggi di negeri ini. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda