Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tujuh sekeluarga lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan PDI

    TEMBURONG, 22 JUN – Sebuah keluarga berbangsa Iban seramai tujuh orang telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Rancangan Perumahan Teres Baru Rataie, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya lafaz pengislaman saudara baharu di hadapan pegawai dari Unit Dakwah
    Daerah Temburong.

    Dengan majlis pengislaman itu, Marlenny anak Jemat, 35, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nurkhalishah Layana binti Abdullah Jemat; Hendry Ipa anak Jemat, 26, memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Heidi Ashman bin Abdullah Jemat dan Faterly Haqimi, 14, memilih nama Muhammad Fattah Hakim bin Abdullah.

    Manakala itu, Viviyen Ashley anak Victaro, 12, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nurafifah Dalishah binti ‘Abdul Malik; Vincent Adden Buga anak Victaro, 8, kini dikenali sebagai Muhammad Yusuf Inas bin ‘Abdul Malik; Mikael Arfin anak Victaro, 7, sebagai
    Muhammad Mikail Anas bin ‘Abdul Malik dan Alyssa Aurora yang berusia tiga bulan, dipilih nama Islamnya sebagai Nurareesyah Ayuni binti Abdullah.

    Majlis dimeriahkan dengan laungan Dikir Marhaban dan penyampaian cenderahati oleh tetamu kehormat sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Berdasarkan statistik PDI, seramai 120 orang telah memeluk agama Islam pada tahun ini setakat Mei lalu.

    Nurkhalishah Layana menerima pelekat hala kiblat yang disampaikan Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim
    Muhammad Heidi Ashman melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai dari Unit Dakwah Daerah Temburong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...