PHNOM PENH, KEMBOJA 25 JUN – Mahkamah Kemboja hari ini berkata bahawa tujuh orang termasuk empat warga China, telah didakwa dengan kesalahan jenayah berkaitan dengan insiden bangunan runtuh yang membunuh 28 pekerja pembinaan yang sedang tidur dalam struktur yang masih lagi dalam pembinaan sebagai perumahan mereka.
Mahkamah Wilayah Preah Sihanouk berkata seorang warga China yang merupakan pemilik bangunan di Sihanoukville telah didakwa dengan pembunuhan yang tidak disengajakan, secara sukarela menyebabkan kecederaan dan keadaan yang memburukkan yang menyebabkan kecederaan. Pembina warga Cina, dua pengurus tapak bangunan warga Cina dan tiga orang warganegara yang tidak dikenal bakal berdepan dengan dakwaan bagi kesalahan jenayah.
Empat warga China ditahan reman untuk siasatan.
Kesalahan jenayah itu boleh membawa hukuman kepada lima hingga 10 tahun penjara dan pertuduhan pembunuhan secara tidak sengaja boleh membawa kepada hukuman sehingga tiga tahun penjara.
Jurucakap mahkamah, Lim Bunheng, berkata pihak berkuasa masih berusaha menahan tiga lain suspek lainnya. – AP
