Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh syarikat kena kompaun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Sebanyak empat buah syarikat telah dikenakan denda kompaun kali pertama dan sebanyak tiga buah syarikat telah dikenakan denda kompaun kali kedua di bawah Peraturan-Peraturan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) [Komposisi Kesalahan], 2018 kerana gagal menyelaraskan kesemua kegiatan dan kemajuan yang pernah diberikan Amaran oleh pihak Autoriti Perancang.

    Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan adalah meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan petak letak kenderaan, kawasan kaki lima dan kawasan landskap di premis perniagaan di tempat syarikat-syarikat berkenaan beroperasi semasa OPKEMAS yang dijalankan oleh pihak Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa di Mukim Sengkurong pada hari ini.

    Syarikat -syarikat berkenaan telah diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

    Pihak Autoriti Perancang melalui JPBD, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang awam, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan Kebenaran Perancangan bagi setiap kemajuan dan penggunaan tanah.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline JPBD di talian 8200222. 

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda