CARACAS, 11 Julai – Tujuh anggota Angkatan Tentera Bolivarian Venezuela (FANB) cedera dalam letupan kelmarin di Altamira, sebuah daerah di Caracas timur, kata Menteri Komunikasi Ernesto Villegas.
Villegas menyiarkan rakaman video kejadian itu, yang berlaku sebelum jam 6 pagi waktu asa tempatan, ke akaun Twitternya.
Tentera yang menjadi anggota Pasukan Pengawal Bolivarian (GNB), sedang melakukan rondaan di Altamira, di mana kebanyakan protes anti-kerajaan di ibu negara tertumpu.
Dalam satu wawancara yang disiarkan oleh VTV yang dikendalikan oleh kerajaan, komander dari GNB, Sergio Rivero Marcano, berkata peranti letupan itu adalah ‘sangat kuat’ menyebabkan tentera melecur akibat letupan tersebut.
“Terdapat kombinasi beberapa elemen piroteknik yang apabila disatukan menjadi artifak tunggal, gelombang letupan lebih besar, letupan cenderung menyebabkan lebih banyak kecederaan,” kata Rivero.
Tentera berkenaan dikejarkan ke sebuah hospital tentera di Caracas dan akan menjalani rawatan, katanya.
Demonstrasi anti-kerajaan semakin ganas telah mengakibatkan sekitar 90 nyawa sejak April. – Xinhua