Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh terkorban dalam gempa Croatia 

    BELGRADE, SERBIA, 30 DIS – Angka korban akibat gempa berkekuatan 6.3 pada skala Richter yang melanda Zagreb, Croatia pada hari ini, meningkat kepada tujuh orang, lapor agensi Anadolu memetik pegawai.

    Gempa di bandar Petrinja di wilayah Sisak itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean.

    Kementerian Dalam Negeri mengesahkan tujuh maut setakat ini. Sekurang-kurangnya 16 gempa susulan turut dilaporkan.

    “Sekurang-kurangnya enam orang cedera parah dan 20 cedera ringan,” kata kementerian itu.

    Terdahulu Datuk Bandar Petrinja, Darinko Dumbovic berkata remaja perempuan berusia 12 tahun terbunuh dan ramai lagi cedera.

    “Ia mengerikan. Ini satu tragedi,” kata Presiden Zoran Milanovic.

    Beliau memberi jaminan bandar itu akan dibina semula dengan bantuan kewangan Kesatuan Eropah (EU). Berikutan itu, kerajaan mengadakan mesyuarat tergempar dan pada hari ini Perdana Menteri Andrej Plenkovic berkata bantuan kewangan akan diberikan kepada bandar yang terjejas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda