Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh terperangkap selepas loji janakuasa runtuh di Korea Selatan

    SEOUL, 6 NOV – Kira-kira tujuh orang telah dilaporkan terperangkap selepas struktur sebuah loji janakuasa runtuh di pantai timur Korea Selatan, menurut sebuah agensi bomba negara tersebut hari ini.

    Kejadian itu berlaku sekitar jam 2 petang di ibu pejabat Loji Janakuasa Ulsan milik Korea East-West Power di bandar Ulsan, tenggara negara itu, apabila sebuah struktur besar runtuh, kata pihak berkuasa.

    Agensi Bomba Negara memaklumkan, dua mangsa telah berjaya diselamatkan, manakala kira-kira tujuh lagi dipercayai masih terperangkap dan belum dapat dikesan. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

    Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok, mengarahkan semua kementerian supaya menggerakkan semua kakitangan dan peralatan yang ada, dengan memberi keutamaan kepada usaha menyelamat mangsa yang terperangkap.

    Pejabat perdana menteri turut memaklumkan penduduk di kawasan berhampiran sedang dipindahkan.

    Menurut laporan, kemalangan itu berlaku ketika kerja-kerja persediaan untuk merobohkan loji janakuasa haba yang telah tidak lagi beroperasi dijalankan. – AFP

    Pasukan penyelamat mencari tujuh mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan sebuah loji janakuasa di Korea Selatan pada 6 November. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda