Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tukang masak’ lakukan kesalahan imigresen

    BELAIT, 27 OKT – Operasi Pumpung JIPK 137/2020 diteruskan lagi menyasarkan sebuah restoran di Jalan Bunga Raya, Kuala Belait hari ini, diketuai oleh pegawai imigresen kanan bersama empat orang pegawai Jabatan Pendaftaran dan Imigresen Kebangsaan (JIPK).

    Menurut kenyataan dikeluarkan JIPK di sini hari ini, pada operasi dijalankan pada jam 10 pagi itu, seorang lelaki warga asing didapati melakukan kerja-kerja tukang masak dan bukannya pelayan restoran seperti dalam pas kerjanya. Lelaki itu dikeluarkan Pas Khas dan dikehendaki melaporkan diri ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK Kuala Belait. Majikannya juga dikeluarkan Surat Panggilan ke bahagian sama untuk siasatan dan tindakan lanjut.

    Operasi bertujuan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini dengan melaksanakan pemantauan, operasi dan pemeriksaan berterusan berpandukan maklumat yang ada sama ada secara bersendirian atau bersama agensi penguatkuasaan lain.

    Sehubungan itu, JIPK mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai bagi bersama-sama membanteras pesalah imigresen dengan nama dan butiran pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya dengan menghubungi talian Hotline JIPK di 8734888 / 8753888(BSB) dan 8984111(KB).

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan operasi di sebuah restoran di Jalan Bunga Raya, Kuala Belait. – Gambar oleh JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda