Sunday, February 23, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tukar warna stadium demi nasib pasukan

    SEBUAH pasukan bola sepak China baru-baru ini mengecat kesuluruhan warna stadium tradisional mereka, berwarna biru, kepada emas terang, bagi merubah nasib mereka. Ia mungkin kedengaran bodoh, namun mereka tidak peduli, kerana ia sebenarnya berhasil!

    Bulan lalu, selepas satu perlawanan yang menyaksikan pasukan mereka hanya memenangi satu perlawanan di tempat sendiri dalam tempoh empat bulan, kelab bola sepak Guangzhou R&F membuat keputusan terdesak dengan mengecat keseluruhan stadium dan alat kemudahan di sekelilingnya dengan warna emas, untuk memperbaiki feng shui mereka.

    Keputusan itu kelihatan lebih gila jika anda menganggap bahawa mereka baru saja mengubahsuai stadium itu tahun lepas, mengecat keseluruhan stadium berwarna biru, bagi menyamai warna kelab mereka. Tetapi pasukan itu hanya memenangi satu perlawanan di gelanggang sendiri sejak dari 12 Mac lalu dan mereka telah kehabisan orang dan dipersalahkan atas keputusan mereka, jadi, dalam keadaan terdesak, pihak pengurusan memutuskan untuk mengikuti kepercayaan feng shui.

    Mereka memilih warna emas, kerana ia melambangkan kesempurnaan.

    Stadium kelab bola sepak Guangzhou R&F pada asalnya berwarna biru, kini ditukar kepada warna emas.
    Kelab bola sepak Guangzhou R&F baru-baru ini membuat keputusan terdesak untuk mengecat keseluruhan stadium dan alat kemudahan di sekelilingnya dengan warna emas, untuk memperbaiki feng shui mereka.
    Pasukan bola sepak Guangzhou R&F telah memenangi empat perlawanan terakhir CSL sejak pertukaran warna itu, menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol pada setiap pertandingan, satu kejayaan yang melonjakkan pasukan itu ke tempat ketiga dalam Liga Super China.

    Pada pertengahan bulan Julai lalu, segala-galanya, dari tempat duduk hinggalah dinding di sekitar Guangzhou R&F juga telah dicat semula dengan warna emas, dengan harapan bahawa nasib mereka akan berubah. Dan, percaya atau tidak, itu sebenarnya berlaku, dengan keputusan yang mengagumkan. Pasukan bola sepak Guangzhou R&F telah memenangi empat perlawanan terakhir CSL sejak dari pertukaran warna itu, menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol pada setiap pertandingan, satu kejayaan yang melonjakkan pasukan itu ke tempat ketiga dalam Liga Super China. Mereka juga mengalahkan pasukan musuh mereka, Guangzhou Evergrande yang begitu popular, semasa dalam satu perlawanan piala-piala.

    Pasukan itu juga tidak cuba menyembunyikan fakta bahawa mereka percaya dengan mengubah warna stadium itu telah memberikan kemenangan buat mereka. Berikut adalah ulasan jurulatih R&F, Dragan Stojkovic, dalam laman web rasmi kelab tersebut: “Selepas kami mengubah warna stadium kami, kami mendapat lima kemenangan dan juga jumlah gol pun meningkat. Warna emas stadium kami ini cukup cantik, tidak perlu diubah buat masa sekarang.”

    Feng shui sangat popular di China dan bahagian-bahagian lain di Asia, dengan orang ramai bergantung pada kepercayaannya semasa hendak membina rumah dan pejabat mereka untuk memaksimumkan nasib dan keuntungan kewangan mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda