Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tular anak singa naik Bentley, wanita didakwa

    BANGKOK, 26 JAN – Seorang wanita Thailand didakwa memiliki anak singa secara haram, kata polis hari ini, berikutan video haiwan itu berada dalam Bentley menjadi tular dalam talian.

    Polis memerintahkan penyiasatan selepas video yang memperlihatkan seekor anak singa dibawa bersiar-siar di bandar pelancongan sibuk Thailand, Pattaya dalam sebuah Bentley putih yang mendapat lebih 2.6 juta tontonan dalam talian.

    Sawangjit Kosoognern didakwa melanggar undang-undang alam sekitar dan sumber asli dengan ‘memiliki hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran’, Biro Siasatan Pusat mengumumkan di Facebook rasminya.

    “Kami telah menahannya, menggunakan Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Haiwan Liar 2019,” kata kenyataan polis itu.

    Di bawah undang-undang Thailand, dia boleh didenda sehingga AS$2,800 dan berdepan hukuman penjara setahun.

    Sawangjit memberitahu polis bahawa dia membeli singa itu daripada wanita lain dengan harga 250,000 baht tetapi gagal memperoleh dokumen penyerahan rasmi kerana maklumat yang tidak mencukupi mengenai jantina singa.

    Dia memelihara anak singa kecil itu di sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki Sri Lanka yang dilihat memandu Bentley dalam video tersebut.

    Haiwan itu telah dihantar pulang ke Sri Lanka, kata jabatan taman negara dan hidupan liar. – AFP

    Kosoognern berkata rakannya telah membeli singa betina berusia sembilan bulan itu sebagai hadiah untuknya dari ladang yang tidak dikenali. – ANN/The Nation
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda