Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tum2Cycles datangkan Solar Sun ke Brunei

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan perniagaan, Tum2Cycles telah mengadakan majlis pelancaran awal Solar Sun Borneo dengan acara keagamaan di Kompleks Sengkurong Intan, Sengkurong, hari ini.

    Hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Sengkurong dan kampung-kampung sekitarnya serta ahli-ahli Tum2Cycles.

    Majlis telah dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan sembahyang sunat Hajat dan bacaan Surah Yasin serta Doa Selamat.

    Pengedar Solar Sun di Brunei Darussalam, Yafiz Jamaludin yang juga selaku jurulatih Tum2Cycles semasa ditemui Media Permata di majlis tersebut mengongsikan bahawa Solar Sun merupakan produk solar dari Malaysia.

    “Produk ini kami datangkan dari Malaysia dan saya ada rakan kongsi saya dari Brunei untuk mendatangkan produk ini ke Borneo dan kami menuasarkan untuk mengembangkan produk ini bukan sahaja di Brunei tetapi di kawasan Borneo termasuk Sabah dan Sarawak.

    “Brunei adalah tempat pertama kami untuk mengedar produk Solar Sun ini,” tambahnya lagi.

    Beliau menjelaskan bahawa Solar Sun adalah produk solar dan mereka mula mengedar barangan Solar Sun dengan pelbagai lampu solar yang digunakan di dalam dan di luar rumah.

    Surah Yasin dibacakan bagi memberkati pelancaraan awal Solar Sun Borneo.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda