BANGKOK, 26 JAN – Tentera laut Thailand menghulurkan bantuan bagi membersihkan tumpahan minyak mentah sekitar 128 tan yang bocor dari saliran paip di Teluk Thailand.
Tumpahan berlaku dekat sebuah kawasan industri namun sebahagian minyak menjejaskan kawasan pantai pada Jumaat, kata Attapol Charoenchansa, ketua pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran bagi Kementerian Sumber Semula Jadi dan Persekitaran.
Syarikat Awam Penapisan Star Petroleum berkata kebocoran itu berlaku kira-kira jam 9 malam kelmarin di sebuah stesen tambatan kira-kira 20km tenggara Estet Industri Map Ta Phut, selatan Bangkok. – AP
