Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tumpahan minyak merebak ke pantai Malaysia

    KUALA LUMPUR, 21 JUN – Tumpahan minyak dari Singapura telah merebak ke pantai di selatan Malaysia, kata seorang pegawai kerajaan hari ini, di mana operasi pembersihan sedang dijalankan.

    Kira-kira 25 orang terlibat dalam pembersihan dua buah pantai sepanjang satu kilometer di selatan negeri Johor, kata pegawai kerajaan tempatan, Ling Tian Soon, kepada AFP.

    “Kerja pembersihan bermula hari ini dan kami harap tugasan itu dapat disiapkan esok.

    Daripada pemerhatian kami, hidupan laut atau aktiviti nelayan tidak terjejas,” katanya.

    Tumpahan minyak itu berpunca daripada kemalangan yang berlaku Jumaat lalu di terminal Pasir Panjang Singapura antara kapal korek berbendera Belanda dan kapal bunker berbendera Singapura, kata Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

    Gambar yang disiarkan di Facebook Ling menunjukkan lelaki berpakaian pelindung putih mengutip enap cemar hitam dari pantai dan memasukkannya ke dalam beg plastik.

    Ling menambah bahawa pegawai maritim Malaysia sedang memantau untuk melihat sama ada tumpahan minyak merebak ke bahagian lain pantai. – AFP

    Gambar menunjukkan tumpahan minyak di sepanjang kawasan Pantai Tanjong Sentosa di Singapura pada 16 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda