Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tumpukan pembangunan infrastruktur di Sabah, Sarawak – Bung Moktar

    KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Kerajaan diminta memberi tumpuan  kepada pembangunan di Sabah  yang masih dibelenggu tiga masalah asas utama meliputi akses jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik.

    Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata masih terdapat kawasan di Sabah yang jalannya masih tidak berturap selain banyak kampung-kampung yang masih tiada bekalan elektrik dan air bersih.

    “Sebab itu saya meminta Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri fokus untuk membangunkan negeri Sabah. Sabah memerlukan pembangunan yang fokus. 

    Ada (kampung) yang ada paip besar bertahun-tahun, tapi airnya tidak keluar. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah perlu memandang hal ini secara serius,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, di sini hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Bung Moktar Radin bercakap pada perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) pada Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen kelmarin. Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda