KUALA LUMPUR, 13 NOV – Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, pagi ini.
Pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya Che Abdul Zaim Zainuddin disahkan peguam beliau Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
Menurut Gurdial Singh, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak dua minggu lepas.
Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001. – Bernama