KUALA LUMPUR, 20 FEB – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dalam proses pemulihan selepas dimasukkan ke Instititut Jantung Negara (IJN) pada 26 Jan lepas.
Hantaran di Facebook Dr Mahathir yang dikendalikan pentadbir memaklumkan bahawa bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu sedang menjalani rawatan di IJN untuk jangkitan yang dihidapinya.
“Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjalani rawatan di IJN, sejak 26 Jan 2024. Beliau masih lagi dalam proses pemulihan,” menurut hantaran itu.
Turut dimuatkan pada hantaran itu dua keping gambar Tun Mahathir yang dilihat sedang menulis dan membaca akhbar di atas meja.- Bernama
