KOTA KINABALU, 2 NOV – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menerima Watikah Pelantikan sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) keempat dalam satu majlis berlangsung di Istana Seri Kinabalu, hari ini. Watikah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu, disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Ini menyaksikan Tun Musa

