Friday, January 24, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunang Lady Gaga bina studio rakaman tanda sayang

    Sebagai tanda sokongan dan cinta terhadap Lady Gaga, tunangnya iaitu Michael Plansky membina sebuah studio rakaman sebagai hadiah buat penyanyi berkenaan.

    Menerusi temu bual bersama Rolling Stone, Gaga, 38, mendedahkan dia menerima hadiah itu sempena Hari Kekasih pada Februari lalu.

    “Dia kata mahu berikan saya kejutan. Dia mengubah pejabatnya di rumah menjadi studio muzik buat saya. Saya rasa hadiah itu sangat romantik.

    “Saya sangat suka bekerjasama dengan Michael. Ia menjadi lebih seronok sebab dia sangat mengenali diri saya,” katanya.

    Menurut Gaga, lagu terbaharunya iaitu Disease yang dilancarkan pada Oktober lalu turut dirakam di studio berkenaan.

    Untuk rekod, pasangan tersebut bertunang pada Julai lalu selepas mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020. – Agensi

    Gaga kongsi studio yang dibina tunangnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda