Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunisia gagalkan cubaan seludup 10 flamingo merah jambu

    TUNIS, 11 FEB – Kastam Tunisia berkata kelmarin mereka menggagalkan percubaan menyeludup 10 flamingo merah jambu, spesies yang dilindungi, di sebuah bandar yang bersempadan dengan Algeria.

    Gambar yang disiarkan pihak berkuasa dalam talian menunjukkan burung-burung itu diikat dan dimasukkan ke dalam peti.

    Dalam satu kenyataan yang disertakan, pihak kastam berkata mereka menemui flamingo dimasukkan ke dalam trak yang mengandungi plat pendaftaran Tunisia di Jendouba, barat laut Tunisia.

    Pegawai ‘mengembalikan burung ke habitat semula jadinya sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan spesies”, kata kenyataan itu.

    Flamingo yang lebih besar, Phoenicopterus roseus, disenaraikan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

    Ia dilindungi di bawah undang-undang Tunisia, menurut Hichem Azafzaf, seorang pencinta alam sekitar dan penyelaras di BirdLife Tunisia.

    Selain ancaman yang didorong oleh iklim, spesies itu berdepan pemburuan dan penyeludupan, kata Azafzaf. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda