Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Tunisia gesa IMF pertimbangkan kesan pembaharuan sosial

    TUNISIA, 22 – Presiden Tunisia, Kais Saied kelmarin telah menggesa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengambil kira kesan sosial daripada sebarang pembaharuan ekonomi yang mungkin dituntutnya sebagai sebahagian daripada pakej penyelamat.

    Negara Afrika Utara itu telah mengadakan perbincangan awal dengan pemberi pinjaman global bagi mendapatkan pinjaman baharu bagi menyelamatkan ekonomi yang terjejas akibat pengangguran yang tinggi, inflasi dan hutang awam selama bertahun-tahun sebelum revolusi 2011.

    Saied bertemu ketua wilayah IMF, Jihad Azour dan memberitahu bahawa beliau ‘menyedari keperluan untuk memperkenalkan pembaharuan besar tetapi menegaskan bahawa perubahan tersebut mesti mengambil kira kesan sosial’, menurut satu kenyataan dari pejabat presiden.

    Rakyat ‘mempunyai hak tertentu, seperti kesihatan dan pendidikan, yang tidak boleh dianggap kurang penting dalam langkah untung dan rugi’, tambahnya.

    Menjelang rundingan rasmi yang dijangka bermula tidak lama lagi, kerajaan telah membentangkan pelan pembaharuan kepada pemberi pinjaman global yang termasuk pembekuan bil gaji sektor awam, beberapa pemotongan subsidi dan penstrukturan se-mula firma-firma kerajaan.

    Sementara itu, Kesatuan Pekerja Am Tunisia (UGTT) yang melancarkan mogok sektor awam minggu lalu untuk menuntut kenaikan gaji juga memberi amaran terhadap ‘pembaharuan yang menyakitkan’ yang diadakan bagi ‘memuaskan’ IMF. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...