Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tunjuk bukti komen warganet’

    Pelakon Nur Fazura dilihat berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dipercayai berhubung isu sebaran fitnah melibatkan dirinya di media sosial.

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Intastory, Fazura hadir di bilik gerakan agensi berkenaan pada petang Khamis.

    Menurut laporan mStar, dia juga memuat naik beberapa salinan bukti-bukti komen warganet dalam sesi perbincangan tersebut.

    Antara yang dikongsi adalah komen-komen berkaitan kisah hidupnya selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin.

    Salah satu komen warganet juga menyebut dia mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ketika sesi siaran langsung di media sosial.

    Fazura bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan atau maklumat lanjut tentang kehadirannya di pejabat berkenaan.

    Tindakan berkenaan juga mendapat sokongan peminat yang mula meluahkan rasa simpati terhadap aktres itu.

    “Aku jarang follow fasal Fazura, tapi bila tengok dia mula bertindak ke atas mereka yang buat fitnah macam-macam ini memang aku sokong!

    “Mantap Fazura, diaorang (warganet) ini kena ajar macam ini. Kalau tak selagi itu jari jemari itu menulis yang tak elok.

    “Ada yang aku baca sangat beriya macam dapat gaji harian menyebarkan benci ke seluruh dunia,” komen warganet.- Agensi

    Fazura beri bayangan bakal ambil tindakan pada warganet.- Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda