Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunjuk dapat IC Indonesia, Baby Shima kena kecam lagi!

    Nama penyanyi Baby Shima tidak pernah sepi dengan pelbagai kontroversi sehinggakan dia sering menjadi sasaran makian warganet di laman sosial yang tidak berpuas hati dengannya.

    Terbaharu, Shima sekali lagi menjadi kecaman warganet apabila dia mendedahkan mempunyai kad pengenalan (KTP) Indonesia ketika membuat kemunculan menerusi program Pagi Pagi Ambyar, baru-baru ini.

    Shima atau Nor Ashima Ramli, 30, menunjukkan kad KPT tersebut selepas hos program berkenaan bertanya sama ada dia mahu menjadi rakyat negara itu sambil memberitahu dia kini memang sudah menjadi warganegara Indonesia.

    “Ya, Shima sudah jadi orang Indonesia. Shima punya kad pengenalan,” katanya sambil menunjukkan kad berkenaan.

    Susulan pengakuannya itu, sedutan rakaman tersebut tular di media sosial dan ramai memberitahu mereka gembira dengan perkhabaran terbaharu itu dan tidak kisah sekiranya benar Shima sudah bergelar rakyat Indonesia.

    Shima memberitahu dia pernah terfikir untuk berhijrah ke Indonesia memandangkan masyarakat Malaysia tidak menyukainya. – Agensi

    “Ambil terus dia ni dan tolong tinggal di sana sahaja. Eloklah, kami dah lama tak nak dia. Jujurkan lebih baik.

    “Kerakyatan boleh ada satu sahaja, kan? Macam mana dia boleh ada KTP sana?,” komen warganet.

    Tinjauan wartawan terhadap video penuh temu bual itu mendapati Shima sebenarnya hanya bergurau tentang perkara itu sebaliknya KTP yang dimaksudkan adalah Kad Tanda Pahlawan (KTP) Orang Baik Indonesia yang dibuatnya sendiri.

    Shima bagaimanapun memberitahu dia pernah terfikir untuk berhijrah ke negara berkenaan memandangkan masyarakat Malaysia tidak menyukainya.

    “Saya pernah terfikir untuk berhijrah ke Indonesia… tapi bila fikirkan semula, bagaimana ya? Susah tak?

    “Di Malaysia sahaja sering disakiti, apa lagi di Indonesia. Jadi, saya sudah terbiasa dan tak kisah,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda