Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunjuk keberanian skuad – Buhari

    ABUJA, NIGERIA, 31 Mei – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari telah menegaskan kepada skuad ‘Super Eagles’ itu supaya dapat memperagakan dan mempamerkan semangat keberanian Nigeria pada aksi Piala Dunia kerana mereka membawa emosi lebih 180 juta rakyat negara itu.

    Buhari menemui pasukan yang akan beraksi di Rusia itu dengan diiringi Menteri Sukan, Solomon Dalung serta Presiden Persekutuan Bolasepak Nigeria (NFF) Amaju Pinnick untuk memberikan kata-kata semangat kepada para pemain, semalam.

    Nigeria bakal membuat penampilannya kali keenamdi pentas yang berprestij itu namun diundi dalam kumpulan yang sukar bersama Argentina, Croatia serta Iceland.

    “Persembahan terbaik pasukan ini pada Piala Dunia adalah mara ke pusingan 16 terbaik pada 1994, 1998 dan juga 2014.

    “Anda semua perlu tahu bahawa anda bukan sahaja beraksi di kejohanan ini malah anda turut membawa emosi, keterujaan dan perasaan lebih 180 juta rakyat negara ini,” kata Buhari.

    “Anda adalah pasukan termuda di Piala Dunia sekali gus menjadi pasukan yang paling kurang berpengalaman.

    “Mungkin lawan tahu mengenai perkara ini namun ia juga boleh menjadi kelebihan kepada anda.”

    “Anda mendapat sokongan dan restu semua rakyat Nigeria yang akan terus memberi semangat sepanjang perjuangan anda di sana nanti.

    “Bermainlah dengan bersih dan adil namun tunjukkan semangat keberanian Nigeria yang sememangnya sudah diketahui ramai.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda