Tunjuk perasaan anti-Israel di Jerman

BERLIN, 13 MEI – Jerman hari ini berdepan demonstrasi mengenai konflik yang semakin meningkat di Timur Tengah menyaksikan para penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Israel dan membakar bendera Israel.

“Tidak boleh ada toleransi terhadap serangan terhadap rumah ibadat di negara kita,” kata Menteri Luar Negeri Heiko Maas kepada kumpulan media Funke.

Penunjuk perasaan membakar bendera Israel di Muenster dan Bonn di barat Jerman awal minggu ini, dengan 16 orang ditangkap. Semalam sekitar 180 orang melaungkan slogan anti-Israel dalam perarakan di Gelsenkirchen. Polis mengatakan mereka menghalang para penunjuk perasaan untuk berarak.

Di Hanover, polis mengatakan berlaku tunjuk perasaan disertai kira-kira 550 orang dan menghalang dua penunjuk perasaan daripada membakar bendera Israel.

Maas mengatakan Yahudi Jerman tidak boleh dijadikan kambing hitam untuk peristiwa di Israel ‘baik di jalan atau di media sosial’.

Puluhan telah terbunuh dalam beberapa hari keganasan, kebanyakannya di Palestin dengan Israel melakukan tembakan maut dalam rusuhan terburuk dalam beberapa tahun. – AFP