Tunjuk perasaan besar-besaran terus gegar Washington

WASHINGTON, 7 JUN – Tunjuk pera-saan besar-besaran terus menggegarkan Washington semalam, tatkala bantahan ke atas insiden kematian George Floyd ketika ditahan polis dan layanan tidak saksama dialami warga kulit hitam Amerika Syarikat (AS) kini memasuki minggu kedua.

Bantahan sebagai tanda solidariti turut tercetus di tempat lain serata dunia.

Pada masa sama, polis menutup kawasan luas di sekitar Rumah Putih dengan besi pengadang hitam susulan puluhan ribu orang daripada segenap warna kulit dan usia berarak demi keadilan kaum.

“Perjuangan ini sudah berlangsung banyak dekad, beratus-ratus tahun, dan kini tiba masa untuk perubahan dan menjadikan masa depan lebih cerah,” kata seorang pembantah.

Beberapa penunjuk perasaan melampirkan gambar Floyd dan warga kulit hitam AS lain yang dibunuh polis, pada pengadang tinggi mengelilingi Rumah Putih. – AFP

Penunjuk perasaan membantah berhampiran Rumah Putih di Washington pada 6 Jun 2020 berhubung kematian George Floyd, lelaki kulit hitam yang ditahan polis di Minneapolis. – AP