WOLFSBURG, 2 DIS – Gergasi automotif Jerman, Volkswagen (VW), bersiap sedia menghadapi mogok hari ini apabila kesatuan sekerja IG Metall melancarkan protes terhadap cadangan pemotongan gaji dan potensi pemberhentian pekerja serta penutupan kilang.
IG Metall menggesa mogok di semua kilang Volkswagen di Jerman dan memperhebatkan penentangan terhadap tuntutan syarikat untuk mahu melaksanakan pemotongan gaji secara menyeluruh, lapor agensi berita Jerman (dpa).
VW juga mengancam untuk menutup kilang dan melaksanakan pemberhentian pekerja besar-besaran sebagai sebahagian daripada program pemotongan kos, bertujuan untuk memperbaiki prestasi kewangan yang merosot. – Bernama