Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunjuk perasaan masih berterusan di Lubnan

    BEIRUT, 31 OKT – Beribu-ribu penunjuk perasaan meneruskan sekatan jalan di seluruh Lubnan hari ini, tatkala gerakan bantahan mereka yang menuntut perubahan politik sistemik memasuki minggu ketiga.

    Lalu lintas terhenti di lebuh raya utama apabila pembantah mendirikan pengadang besi.

    Penunjuk perasaan berkata tindakan yang berterusan itu adalah bagi menjamin sebuah kerajaan baharu yang berupaya menangani keperluan dan kebimbangan mereka ditubuhkan tidak lama lagi tanpa sebarang penangguhan.

    Tunjuk perasaan semakin reda sehari selepas pengumuman peletakan jawatan oleh Perdana Menteri Saad Hariri dan jalan raya telah dibuka semula oleh tentera Lubnan selepas disekat sejak 13 hari lalu.

    Hariri meminta penyokongnya agar bekerjasama dengan tentera Lubnan serta pasukan dalaman dan tidak bertindak turun ke jalanan.

    Bank dijangka dibuka semula esok tetapi pembantah masih tinggal di jalan, berminat meneruskan protes untuk mendesak tuntutan mereka.

    “Mereka sangka tuntutan kami berakhir apabila kerajaan meletak jawatan,” kata Ghadi, 21, dari tengah Beirut.

    Presiden Michel Aoun dijangka menyampaikan ucapan pada pukul 8:00 malam menandakan ulang tahun ketiga pemilihan beliau sebagai pemimpin negara.

    Semalam, Aoun menjanjikan sebuah ‘kerajaan bersih,’ berkata gerakan bantahan ‘membuka laluan kepada pembaharuan besar.’ – AFP/Bernama

    Pegawai polis rusuhan Lubnan mengusir pembantah antikerajaan ketika mereka merobohkan sekatan jalan di ibu negara Beirut pada 31 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda