Wednesday, February 12, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunjuk perasaan sambut kedatangan Trump

    SEOUL, 5 Nov – Beratus-ratus warga Korea Selatan melancarkan protes terhadap lawatan Donald Trump dan menyerukan kedamaian ketika Presiden AS itu memulakan jelajah Asia yang didominasi oleh program nuklear Korea Utara.

    Trump yang tiba di Tokyo hari ini, dijadual melawat Korea Selatan dari hari Selasa hingga Rabu sebagai sebahagian daripada lawatan Asia pertama beliau sebagai ketua negara. Lawatan Trump juga termasuk Vietnam, China dan Filipina.

    Beliau dijadual mengadakan sidang media dengan Presiden Moon Jae-In dan melawat pangkalan tentera AS dengan mesejnya kepada Utara dan pemimpinnya Kim Jong-Un pasti menjadi tumpuan ramai.

    Ketegangan meletus selepas Pyongyang mengadakan ujian peluru berpandu keenam pada September dan menguji beberapa peluru berpandu lagi yang mampu mencecah tanah besar Amerika Syarikat sementara Trump dan Kim telah berbalas-balas serangan peribadi sejak itu.

    Korea Selatan adalah sekutu AS utama dan tuan rumah kepada 28,500 tentera AS tetapi ramai pengkritik Trump di Selatan melihat beliau sebagai penaja perang di mana perang mulut dengan Kim telah meningkatkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda