Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunjuk perpaduan lindungi ekosistem marin

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Satu detik penuh perpaduan telah ditonjolkan semasa Pameran Lautan Brunei 2025 apabila 115 penyokong lautan berkumpulan bagi sesi bergambar mantap, Sea of Blue, yang berlangsung di Pusat Membeli-belah One City, kelmarin.

    Acara merupakan sebahagian daripada Sambutan Hari Lautan Sedunia dan Minggu Lautan Brunei 2025 yang dianjurkan bersama oleh Poni Divers, Poni Foundation dan Laut Brunei dengan kerjasama Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

    Dengan memakai pakaian berwarna biru, ia melambangkan perpaduan, harapan dan tanggungjawab kolektif bagi masa depan lautan. Acara Sea of Blue dihasratkan untuk menjadi kenyataan visual yang kuat serta seruan untuk bertindak bagi penglibatan masyarakat luas dalam pelindungan marin.

    Acara itu dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Michael Hoy; Duta Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio; Duta Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, TYT Abel Guterres; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Catherine Pochkhanavala-Cleeve, wakil-wakil dari KSSUP, wakil-wakil penaja, wakil-wakil sekolah, pendidik serta kumpulan alam sekitar.

    Acara itu diadakan selepas tayangan dokumentari lautan yang berimpak di mana ia mengetengahkan keindahan dan ancaman yang dihadapi oleh ekosistem marin.

    TYT Michael Hoy dan PYT Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN PONI DIVERS

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda