Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunjuk semangat patriotisme kibarkan Jalur Gemilang – Hajiji

    KOTA KINABALU, 1 OGOS – Semua penduduk Sabah diseru menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan serta kediaman masing-masing, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata kibaran Jalur Gemilang terutamanya di kediaman, bangunan pejabat kerajaan dan swasta, premis perniagaan dan kenderaan masing-masing juga mampu memainkan peranan dalam memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Bulan Kebangsaan pada setiap Ogos.

    Katanya, sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang tahun ini, beliau mengajak seluruh lapisan rakyat untuk bersama-sama membangkitkan semangat patriotisme dan mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta agama di negeri ini.

    “Pelbagai program dan aktiviti telah dirangka sepanjang Bulan Kebangsaan ini, termasuk Kembara Merdeka Negaraku yang akan menjelajah ke seluruh negeri bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan,” katanya dalam ucapan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2023 di sini hari ini.

    Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, dan turut dihadiri Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023. – Bernama

    Para penari pantarama Jabatan Penerangan Sabah memakai pakaian pelbagai suku kaum di Sabah sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kembara Jalur Gemilang 2023 Peringkat Negeri Sabah di pekarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda