MANCHESTER, 30 SEPT – Ole Gunnar Solskjaer (bawah) menggesa Manchester United menunjukkan naluri mereka sebagai ‘pembunuh’ bagi menghadapi Arsenal selepas Red Devils hanya meledak 10 gol dalam lapan perlawanan di semua kejohanan pada musim ini.
Sejak membelasah Chelsea 4-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), United bergelut dengan masalah prestasi apabila gagal menjaringkan gol lebih daripada satu dalam semua kejohanan dan mereka menerima kunjungan The Gunners dalam keadaan buruk.
Ketumpulan di bahagian depan selepas menjual Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez ke Inter Milan bulan lalu amat jelas dalam kekalahan 2-0 di West Ham hujung minggu lalu dan kemenangan penalti ke atas Rochdale pada Piala Liga.
“Kami perlukan lebih banyak gol, itu sudah pasti. Kami sedang memperbaiki hubungan dan persefahaman.
“Pertahanan kami menjalankan tugas dengan baik namun sudah tentu kami tidak gembira dengan pulangan yang diberikan oleh penyerang.
“Kami tidak kisah jika sedikit dihasilkan gol dari tengah tetapi penyerang perlu menghasilkan gol,” katanya.
Keadaan menjadi sukar apabila Marcus Rasford dan Anthony Marial cedera dan berada dalam keadaan 50-50 untuk diturunkan menentang Arsenal di Old Trafford. – AFP