Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunjukkan semangat juang yang tinggi

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Pasukan Negara Brunei Darussalam telah bermain dengan cemerlang ketika menentang Pasukan Thailand tempoh hari dan menunjukkan corak permainan yang matang semangat juang yang tinggi apatah lagi perlawanan itu sangat penting dan memastikan pasukan terus berpeluang ke peringkat kalah mati esok.

    Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Jurulatih Brunei Darussalam, Mario Riviera Campesino ketika mengulas kepada media mengenai perlawanan Brunei Darussalam menentang Thailand Jumaat lalu.

    Turut mengulas mengenai pencapaian pemain Brunei Darussalam adalah Pengurus Pasukan Brunei Darussalam, Awang Zahrin bin Haji Zunaidi yang menegaskan bahawa pasukan negara banyak membuka peluang dan memulakan perlawanan semalam dengan semangat setia kawan yang tinggi dan ia menjadi kunci utama kepada kejayaan dalam perlawanan menentang pasukan gergasi seperti Thailand.

    Mengulas mengenai peranan Awangku Yura Indera Putera dan Awang Razimie Ramli, Mario menegaskan bahawa Awangku Yura memberikan dinamik yang berbeza kepada pasukan dan beliau bertindak selaku salah seorang penyuntik semangat kepada pemain muda yang lain dan begitu juga dengan keberadaan Awang Razimie pula menunjukkan sikap tidak berputus asa yang sering dijadikan contoh oleh pemain muda yang lain.

    “Saya nampak pasukan negara memberikan respons yang positif dan ia merupakan perkembangan yang positif bagi saya untuk pembangunan pasukan,” ujarnya lagi.

    Awang Zahrin dalam kenyataan turut menyebut mengenai kesilapan ketika sepakan percuma Thailand, “Apa yang penting dalam sukan ini adalah fokus kerana setiap saat kelekaan akan dihukum dan ia adalah cabaran besar di kalangan pemain.

    Mario pula menambah, “Kita jarang melihat percubaan set piece yang klasik seperti yang dibuat oleh Thailand, namun tidak wajar kita menyalahkan pemain kerana sememangnya kita tidak dapat menjangka apa yang dirancang namun secara menyeluruh kita sangat berpuas hati dengan pemain.”

    Menurutnya lagi, banyak yang perlu dinilai untuk perlawanan esok mengenai sistem dan strategi perlawanan menentang Myanmar dan setakat ini menyatakan harapan supaya pemain sentiasa cergas untuk turun ke padang esok.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda