Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tunku Azizah berkenan melawat CENTEXS Sarawak

    KUCHING, 4 JULAI – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Heritage Technology dan Gastronomy Academy di Centre of Technical Excellence (CENTEXS) di sini hari ini.

    Baginda yang tiba di CENTEXS pada 3 petang meluangkan masa kira-kira tiga jam, melihat pameran tenunan keringkam dan songket serta sulaman manik dihasilkan oleh pelatih di akademi tersebut.

    Tunku Azizah diiringi Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

    Baginda turut dipersembahkan dengan peragaan busana songket kontemporari dengan sentuhan moden oleh pereka fesyen tempatan Datuk Raymond Jolly, Wan Bainun Wan Zaizodin, Datuk Asfarena Samion Mon dan Harizan Khaider. – Bernama

    Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Akademi Teknologi Warisan dan Gastronomi di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda