Saturday, April 19, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tuntutan saman Tun M, Anwar serahkan kepada peguam

    BANTING, 5 MEI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan soal tuntutan saman fitnah yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diuruskan oleh pihak peguamnya.

    “Biar peguam jalankan (tanggungjawabnya),” katanya mengulas ringkas pertanyaan pemberita berhubung tuntutan saman berkenaan.

    Dr Mahathir hari ini mengemukakan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lalu.

    Tuntutan saman berkenaan difailkan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.

    Sebelum itu, Perdana Menteri meluang masa untuk makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Selera Tujuh, di sini. 

    Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemba-ngunan Luar Bandar, Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir makan tengah hari bersama rakyat di Restoran Selera 7 Majlis Perbandaran Kuala Langat Banting, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda