Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki akan beli peluru berpandu Rusia

    ISTANBUL, 5 Mei – Turki hari ini menolak ancaman-ancaman sekatan Amerika Syarikat jika ia meneruskan pembelian peluru berpandu Rusia, dengan mengatakan ia tidak akan memungkiri janjinya kepada Moscow.

    Washington telah memberi amaran sekutu NATOnya selama berbulan-bulan bahawa penerimaan Ankara ke atas 400 teknologi peluru berpandu Rusia bersama jet pejuang F-35 AS akan memberi ancaman kepada jet-jet dan membahayakan pertahanan Barat.

    AS telah berkata ia akan membatalkan program bersama F-35 bersama Turki jika ia memiliki sistem pertahanan peluru berpandu Rusia. Tambahan lagi, undang-undang AS turut mengenakan sekatan ke atas mana-mana negara termasuk perjanjian senjata dengan syarikat-syarikat Rusia.

    “Ancaman-ancaman sekatan AS menunjukkan yang mereka tidak tahu Turki,” Naib Presiden Fuat Oktay memberitahu televisyen Kanal 7.

    “Keputusan memiliki S-400 telah diambil. Sebaik saja pakatan telah ditandatangani, satu perkataan diberi, Turki hormatinya,” katanya.

    Pembelian S-400 adalah salah satu pertikaian yang memarakkan ketegangan antara dua negara yang juga berselisih faham berhubung sokongan AS berhubung militia Kurdish Syria yang Ankara anggap sebagai pengganas dan Turki menyokong seteru AS, Venezuela.

    Ankara berkata penghantaran pertama S-400 dijadualkan pada Jun atau Julai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda