Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki digegar gempa bumi magnitud 5.5

    ANKARA, TURKI, 26 JUN – Satu gempa bumi dengan magnitud 5.5 melanda bandar di barat Turki hari ini, menyebabkan penduduk bergegas keluar dari bangunan. Tidak adanya laporan mengenai kerosakan atau kematian.

    Gempa bumi berpusat di bandar Saruhanli, wilayah Manisa, pada kedalaman 9 kilometer, kata Pejabat Bencana dan Pengurusan Kecemasan.

    Saluran berita HaberTurk berkata ia terasa di wilayah berhampiran Izmir, Aydin dan Mugla.

    Datuk bandar Besim Dutlulu memberitahu HaberTurk bahawa penduduk meninggalkan rumah mereka dalam keadaan panik tetapi tidak adanya laporan kematian.

    Gempa berlaku sehari selepas satu lagi gempa, berukuran 5.4, menggegar wilayah timur Van, berhampiran sempadan Iran, mencedera lima orang dan merosakkan rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda