Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki kecam perjanjian minyak AS

    ISTANBUL, 3 OGOS – Turki hari ini mengecam perjanjian antara pasukan kepimpinan Kurdish di timur laut Syria dan sebuah syarikat minyak AS sebagai ‘tidak dapat diterima’ dan setara dengan pembiayaan kepada keganasan.

    Pegawai kanan Washington telah mengesahkan bahawa sebuah syarikat minyak AS telah menandatangani perjanjian dengan Angkatan Demokratik Syria (SDF) untuk ‘memodenkan’ ladang minyak di bawah kawalannya.

    Syria mengecam perjanjian itu sebagai ‘pencuri’ dan ‘penentangan terhadap kedaulatan nasionalnya’ kelmarin.

    SDF adalah sekutu anggota kepimpinan Kurdish yang menyokong pentadbiran separa autonomi di timur laut Syria dan menguasai ladang minyak terbesar di negara itu.

    SDF yang disokong AS kebanyakannya terdiri dari pasukan militia Kurdish Syria yang dianggap Turki sebagai ‘kumpulan pengganas’ yang dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang dilarang.

    Kementerian luar negeri Turki mengatakan nama syarikat AS itu adalah Delta Crescent Energy LLC, menurut laporan akhbar.

    “Kami sesal dengan sokongan AS untuk langkah itu yang mengabaikan undang-undang antarabangsa dan yang menyasarkan integriti dan kedaulatan wilayah Syria,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. –AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda