Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki lancar kempen vaksinasi guna vaksin Sinovac China

    ISTANBUL, 14 JAN – Doktor-doktor dan jururawat Turki bertungkus-lumus hari ini ketika negara dengan 83 juta penduduk itu melancarkan kempen vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac, China.

    Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca menerima suntikan pertama CoronaVac yang disiarkan secara langsung di televisyen selepas meluluskan vaksin itu kelmarin meskipun data bercanggah dengan kadar keberkesanannya.

    Kajian awal melibatkan lebih 7,000 sukarelawan di Turki menunjukkan CoronaVac 91.25 peratus berkesan.

    Namun percubaan besar-besaran di Brazil menunjukkan kadar kejayaan sekitar 50.4 peratus berkesan dan yang ketiga di Indonesia menunjukkan 65.3 peratus, menimbulkan kebimbangan tentang ketelusan daripada pengilang China.

    Televisyen Turki dipenuhi dengan imej-imej kakitangan kesihatan menerima dos pertama mereka ketika para pegawai cuba untuk membangkitkan kesedaran dan penerimaan ke atas vaksin.

    “Penduduk tidak seharusnya bimbang,” kata Profesor Recep Demirhan, ketua pakar perubatan di bandar hospital di pihak Asia Istanbul, memberitahu wartawan ketika dia menerima suntikan.

    “Kami telah melancarkan ujian awal kesemua vaksin yang dibawa ke Turki dan kesemuanya selamat,” katanya.

    Undian yang dijalankan pada November menunjukkan sekitar separuh responden Turki enggan mengambil suntikan.

    Selepas suntikan kepada 1.1 juta kakitangan kesihatan selesai, program vaksinasi itu akan diberikan kepada pekerja penting dan orang yang berusia 65 tahun ke atas.

    Turki telah menandatangani perjanjian untuk membeli sejumlah 50 juta dos CoronaVac dengan 20 juta daripadanya dijangka tiba pada hujung bulan ini.

    Disember lalu, Turki juga mencapai perjanjian untuk menerima 4.5 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech pada lewat Mac. Turki setakat ini telah merekodkan 23,325 kematian akibat COVID-19 dengan 2.3 juta jangkitan virus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda