ANKARA, 4 Nov – Parlimen Turki pada Rabu meluluskan undang-undang bagi mewujudkan agensi akreditasi halal pertama di negara itu, lapor agensi berita Anadolu (AA).
Di bawah undang-undang itu, agensi dikenali Institut Akreditasi Halal (HAK), bakal menjadi agensi tunggal yang mempunyai kuasa untuk memperakukan dan memberi akreditasi produk halal – barangan yang dibuat mengikut piawaian Muslim – di Turki. (Klik di sini untuk berita lanjut)