Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Turki mahu dikenali sebagai Turkiye

    ANKARA, TURKI, 2 JUN — Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu telah menghantar surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara rasmi meminta negaranya dirujuk sebagai Turkiye, lapor agensi berita kerajaan itu kelmarin.

    Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada desakan Ankara untuk menjenamakan semula negara itu dan membezakan namanya daripada burung, ayam belanda, dan beberapa konotasi negatif yang dikaitkan dengannya.

    Awal tahun ini, kerajaan juga mengeluarkan video promosi sebagai sebahagian daripada percubaan untuk menukar namanya dalam Bahasa Inggeris. Video itu menunjukkan pelancong dari seluruh dunia berkata “Hello Turkiye” di destinasi terkenal.

    Penyiar negeri berbahasa Inggeris Turki, TRT World juga mula menggunakan Turkiye. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -