Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki perluas misi kapal penyelidikan laut Mediterranean

    ISTANBUL, 1 NOV – Turki hari ini sekali lagi memperluas misi kapal penyelidikan di perairan Mediterranean yang dipertikaikan, mengabaikan amaran Greece bahawa langkah-langkah tersebut melemahkan usaha menyelesaikan perselisihan mereka.

    Tentera laut Turki mengatakan dalam sebuah mesej mengenai sistem amaran maritim antarabangsa NAVTEX bahawa kapal Oruc Reis akan tinggal di kawasan itu sehingga 14 November.

    Ia sebelum ini mengatakan kapal itu akan kekal hingga 4 November.

    Perselisihan terbaharu berlaku ketika kedua-dua sekutu NATO telah mengurangkan beberapa retorik mereka setelah gempa bumi yang melanda kedua-dua negara baru-baru ini.

    Oruc Reis, yang diiringi oleh kapal tentera, telah menjadi simbol pencarian Ankara untuk mendapatkan gas asli di timur laut Mediterranean tersebut, di mana penemuan baru-baru ini telah mencetuskan minat dan persaingan yang besar antara kedua-dua negara. Athens mengatakan Ankara melanggar undang-undang antarabangsa dengan mencari di perairan Greece.

    Turki pada bulan Ogos menghantar kapal itu ke zon yang dipertikaikan, yang membimbangkan ke-dua-dua Cyprus dan Greece, yang melakukan latihan ketenteraan sebagai tindak balas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda