ANKARA, 28 April – Lembaga Pilihan Raya Agung Turki kelmarin mengumumkan keputusan rasmi referendum perlembagaan, mengesahkan kemenangan bagi ‘Ya’ dengan 51.41 peratus.
Undian ‘Tidak’ menerima 48.59 peratus undi, dan peratusan keluar mengundi sebanyak 87.45 peratus, kata lembaga itu.
Referendum tersebut termasuk 18 pindaan perlembagaan akan melihat Turki bertukar daripada sistem parlimen kepada sistem presiden tadbir urus. – Xinhua