Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki selar penganjur Olimpik London

    ISTANBUL, 26 MAC – Persatuan tinju Turki menyelar penganjur kejohanan kelayakan Olimpik di London selepas tiga petinju Turki dan jurulatih diuji positif COVID-19.

    Pertandingan yang diadakan di London itu menampilkan 350 peninju lelaki dan perempuan dari negara-negara Eropah dan merupakan peluang pertama bagi petinju dari Eropah untuk layak ke Tokyo 2020.

    “Pasukan Petugas Jawatankuasa Tinju Olimpik Antarabangsa dan jawatankuasa tempatan di London bertanggungjawab terhadap organisasi itu bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku daripada menangguhkan kejohanan kerana COVID-19 sementara setiap du-nia sudah tahu sejak Disember,” Eyup Gozgec, presiden Persekutuan Tinju Turki, memberitahu.

    Acara tinju ‘Boxing Road to Tokyo’ bermula pada hari Sabtu dan dijadualkan sehingga Selasa di belakang pintu tertutup. Tetapi ia digantung tiga hari kejohanan bermula akibat kes COVID-19 semakin meningkat.

    Gozgec, yang juga naib presiden Konfederasi Tinju Eropah (EUBC), berkata pasukannya pergi ke London pada 11 Mac untuk mempersiapkan kejohanan itu tetapi tidak menemui sebarang langkah perlindungan di hotel atau tempat lain.

    Pertarungan hari ketiga acara kelayakan Olimpik Tokyo 2020 di London, pada 16 Mac lalu. Persatuan tinju Turki menyelar penganjur kejohanan 2020 Olimpik London selepas tiga pejuang Turki dan jurulatih diuji positif COVID-19. -AP

    “Tidak ada langkah perlindungan di hotel yang kami tinggal, sama ada pembasmian kuman, sarung tangan atau tanda amaran,” katanya.

    “Semua jurulatih dan atlet makan dengan layan diri dari dapur yang sama. Tidak ada amaran atau langkah lain seolah-olah virus itu tidak berlaku di sana.”

    Penganjur kelayakan tinju itu berkata sebelum acara itu dimulakan langkah-langkah telah disediakan untuk melindungi pesaing.

    “Semua pasukan telah diberitahu untuk basuh tangan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

    Langkah-langkah tambahan yang ditawarkan termasuk ujian suhu rutin sebagai sebahagian daripada keselamatan harian.

    Gozgec berkata seorang lagi atlet Turki diuji positif selepas mereka kembali dari London, menjadikan kes keempat termasuk jurulatihnya.

    “Beberapa pejuang kita berada dalam kuarantin di asrama dan ada yang di rumah mereka. Saya juga dalam kuarantin hari ke-9 dan dalam keadaan baik.”

    Gozgec berkata beliau membuat aduan kepada badan dunia yang berkaitan dengan mengatakan bahawa acara London seharusnya tidak pernah diadakan, penggantungannya sebagai ‘keputusan yang tepat’.

    Presiden EUBC, Franco Falcinelli berkata sebelum acara London itu, dia takut risiko petinju mendapat virus itu sangat tinggi. Gozgec berkata semua orang termasuk keluarganya memberi amaran kepadanya supaya tidak pergi.

    “Saya fikir ia adalah kejohanan kelayakan ke Olimpik, langkah-langkah itu mesti diambil dan ia mestilah selamat dan bersih. Britain adalah negara maju G-8 tetapi mereka gagal dalam ujian ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda