Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki terima kumpulan pertama vaksin China

    ANKARA, TURKI, 30 DIS – Kumpulan pertama vaksin yang dibangunkan oleh syarikat biofarmaseutikal China Sinovac telah tiba di Turki, selepas ditunda selama dua minggu.

    Sebuah kapal terbang yang membawa 3 juta dos vaksin CoronaVac mendarat di ibu negara Ankara awal hari ini. Hantaran pertama pada mulanya dijadual tiba pada 11 Disember tetapi pegawai Turki berkata masalah membabitkan permit, disusuli oleh kes COVID-19 di kastam Beijing serta amaran terhadap jangkitan di sana, menyebabkan penangguhan.

    Turki telah memeterai perjanjian untuk mendapatkan 50 juta dos vaksin, yang dikatakan oleh negara mempunyai kadar keberkesanan 91.25 peratus berdasarkan keputusan awal percubaan peringkat akhir yang dijalankan di Turki.

    Vaksin itu kini akan diperiksa oleh dua agensi kesihatan awam sebelum kerajaan memberikan kelulusan formal untuk divaksinkan, bermula dengan pekerja penjagaan kesihatan.

    Turki juga telah mencapai perjanjian dengan Pfizer BioNTech, yang akan menyediakan 4.5 juta dos vaksin sehingga akhir Mac dan opsyen untuk membeli sehingga 30 juta dos pada akhir tahun. – AP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Turki menunjukkan pegawai memunggah kumpulan pertama vaksin COVID-19, CoronaVac, dibangunkan oleh syarikat Sinovac, China di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara, Turki awal kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda