ANKARA, 22 Feb – Turki pada Rabu telah menolak kemungkinan terdapat satu dialog politik antara Ankara dan Damsyik berhubung isu Afrin seperti yang disaran oleh Rusia, lapor agensi berita China Xinhua.
Jurucakap presiden Turki, Ibrahim Kalinhe, berkata agensi perisikan negara itu dan Syria akan saling berhubung jika perlu.
‘’Bagaimanapun, satu dialog politik peringkat tinggi antara Ankara dan Damsyik adalah mustahil untuk dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar. – Bernama