Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye bekalkan gas Azerbaijan ke Syria

    TURKIYE, 3 OGOS – Turkiye kelmarin menyatakan mereka akan mula membekalkan gas asli dari Azerbaijan ke Syria, negara yang infrastrukturnya telah musnah akibat perang saudara yang berlarutan, dengan penghantaran tahunan dijangka mencecah sehingga dua bilion meter padu.
     
    Pihak berkuasa Syria, yang menggu-lingkan Bashar al-Assad pada Disember lalu, sedang berusaha membangunkan semula negara itu yang berdepan gangguan bekalan elektrik melebihi 20 jam sehari.
     
    Berucap semasa majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Menteri Tenaga Syria, Menteri Ekonomi Azerbaijan dan Ketua Dana Pembangunan Qatar (QFFD) serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye, Alparslan Bayraktar,  Alparslan Bayraktar berkata inisiatif tersebut akan membantu Syria kembali pulih.
     
    “Pada fasa awal, sehingga dua bilion meter padu gas asli setahun boleh dieksport ke Syria,” kata Bayraktar di wilayah selatan Kilis berhampiran sempadan Syria,” jelas Alparslan. 
     
    Tambah beliau, “Gas itu akan membantu mengaktifkan loji janakuasa dengan kapasiti sekitar 1,200 megawatt, memenuhi keperluan elektrik kira-kira lima juta isi rumah dan menyumbang secara signifikan kepada pemulihan kehidupan harian di Syria.
     
    “Kami akan mengangkut gas asli ke Aleppo dan dari Aleppo ke Homs. Ini akan membolehkan loji janakuasa di kawasan tersebut beroperasi dalam masa terdekat.”
     
    Fasa pertama inisiatif pembiayaan bekalan gas oleh Qatar untuk penjanaan kuasa di Syria telah dilancarkan pada Mac lalu melalui Jordan dan membekalkan 400 megawatt elektrik setiap hari. – AFP
     
    Majlis pelancaran dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Turkiye, Syria, Azerbaijan dan Qatar di Turkiye pada 2 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda