Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Turkiye bersedia pusingan kedua pilihan raya

    ANKARA, 15 MEI – Turkiye hari ini bersiap sedia untuk menghadapi pusingan kedua pilihan raya pertamanya selepas malam yang penuh drama menunjukkan Presiden Recep Tayyip Erdogan mendahului pesaing sekularnya tetapi gagal meraih kemenangan peringkat pertama.

    Erdogan dilihat meraih kemenangan apabila beliau muncul di hadapan penyokong yang ramai sejurus selepas tengah malam untuk menyatakan dirinya bersedia untuk memimpin negara untuk lima tahun lagi.  

    Keputusan hampir lengkap daripada pilihan raya Turkiye yang paling penting pada era pasca Uthmaniyyah menunjukkan Erdogan, yang berkuasa sejak 2003 dan tidak tewas dalam lebih belasan undi, jatuh hanya di bawah ambang 50 peratus yang diperlukan. – AFP

    Kelihatan penyokong dari kalangan rakyat Turkiye mengebarkan bendera. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -